honeystarscute
1-Bila keluar dating, jangan lambat walau seminit. Rancang perjalanan anda. Bagi yang berkahwin, sila pastikan anda bersiap awal sebelum pasangan anda membebel.
2-Jaga penampilan diri sbb semua orang suka dengan kekemasan dan kecantikan.
3- Ikhlas untuk mulakan hubungan, be yourself, tak perlu malu atau berlakon/ berlagak dengan orang yang anda suka.
4- Bahasa tubuh sangat penting, jangan lupa gunakan renungan mata dan tunjukkan minat ketika die sedang bercakap. Tapi kalo kene tenung lama-lama, rimas pun ada. Haha..
5-Elakkan cerita atau perkataan berunsur negatif. Lebih baik gunakan cerita atau perkataan yang menggembirakan. Bila dah betul-betul couple, baru berkongsi semua masalah.
6- Pujilah si dia seikhlas mungkin, tapi jangan berlebihan. Kerana si dia mungkin meluat. Cubalah puji warna bajunya, rambut, kasut atau ape pun. Bagi kaum lelaki, sila la puji awek/isteri anda selalu. Biar pujian itu kekal terucap sampai ke akhir hayat. Baru romantis. hehe..
7- Tunjukkan yang anda ambil berat tentang pasangan anda. Seperti tolong angkat beg, buka pintu. Ini menunjukkan anda prihatin. Susah tu nak dapat BF/Suami begini. Dalam Hikayat Dahulukala ada la. Huhu..
8- Jangan bersikap sombong, dan jangan lupakan unsur HUMOR dalam diri anda. Ini menunjukkan anda mudah didekati dan bersikap terbuka.
9- Jika pasangan anda buat salah,beri peluang untuk terangkan. Mungkin dia ada alasan yang betul atau dibuat-buat. Dengar je dulu sebelum nak 'tembak'. Haha.. Selepas itu, sila minta maaf sebelum tido ye. Tak elok gaduh lama-lama. Buat sakit kepala je.
10- Time tengah borak, jangan gunakan maksud tersirat. Lebih baik berterus terang, kerana maksud tersirat selalunya mempunyai banyak maksud. Dan mungkin akan melukakan hati pasangan anda. Saya selalu je buat. Boleh test pemahaman dia. Haha.. Jangan tiru ye.
11- Jadi pendengar yang baik, dengar masalah pasangan. Beri solution/opinion yang bernas. Bukan hanya mendengar je.
12- Semua orang mempunyai ego, hormati ego pasangan. Jangan merendahkan ego pasangan depan orang lain.
13- Jangan sekali-kali membandingkan kekasih anda dengan orang lain seperti bekas pasangan anda, teman baik anda hatta pelakon yang paling hensem/cantik. Percayalah, memang akan timbul cemburu walaupun sekelumit. Saya selalu jer puji Adam dalam Nur Kasih tu hensem. Bertuah dapat suami camtu. Haha.. Tensen jer cik abang dengar. =p
14- Panggil pasangan anda dengan nama lain. Barula rasa special skit.
15-Jangan sesekali mengongkong dalam kehidupan sosialnya selagi tidak menyalahi agama dan undang-undang.

p/s: Ni la akibatnya bila tak ada kerje time cuti. Jangan jelous ye. Hehe..
0 Responses