honeystarscute
Dah penat bekerja seharian mengadap PC & laptop, saya join budak-budak satu universiti pergi bercuti pada bulan Julai yang lalu. Sibuk je nak bagitau walaupun cerita ini agak basi. Sebenarnya, nak bagi anda lihat suasana kat situ sambil puji budak-budak cute dalam picture yang ada kat bawah ni. Hehe..

Dari kiri: Rin, Dayah, pemilik blog ni, Fify & Aini.


Aksi Charlie's Angel yang agak kepoyoan sebelum melawat perkampungan Jepun.


Di hadapan kedai souvenir. Aiskrim yang biasa berharga RM1 dijual dengan harga RM7. Jeling je la kiteorang tengok aiskrim tu. =(


Sungai jadian di perkampungan Jepun.


"Jemput masuk ye", kata pemilik Tatami Spa. =)


Jalan untuk ke perkampungan Jepun & Botanical Garden. Juga senaman bagi yang ingin mengurangkan berat badan 5kg dalam 1hari tanpa bayaran. Terpaksa mendaki sejauh 300m tu. Bagi yang tak larat, jangan risau. Kenderaan khas ada disediakan. =)



Test power kat Pusat Bowling plak. Murah gak ratenya. Kiteorang main 3-4 round. Gian giler. Lagipun Fify kene berlatih untuk tournament. Orang aktif la katakan. hoho..


Geng budak berani pegang arnab =)

Geng yang kene ada orang pegangkan arnab untuk bergambar. Siap muka yang pegang arnab tu bangga giler. Sebab tergolong dalam geng berani kot. haha..

Suka sangat picture ni. Pandai camera man kiteorang, Cik Aini cipta post.

Suasana Colmar Tropicale di pagi hari terlebih indah dengan bertemankan beberapa bidadari yang comey lagi berseri-seri. Cewah!

Muka ceria walaupun di hari terakhir percutian.

Antara calon-calon isteri terhangat dipasaran kecuali Puan Dayah. Saje je nak jatuhkan saham orang tu. Bucuk ati betul!Hoho..

Fuh, banyak gile makcik-makcik ni shopping! Orang perempuan la katakan. Hihi..

Gambar kenang-kenangan sebelum bertolak balik ke KL.

Sempat lagi kiteorang buat muka budak konpius sebelum balik. Nasib baik jumpa jalan pulang.

Kesimpulannya, kos perbelanjaan untuk 3 hari 2 malam memang berbaloi-baloi. Cuma harga makanan la yang membuat kami tercekik bila belek menu list. Nasib baik belek menu list tu dalam bilik. Buatnya kat restoran, memang kene puasa seminggu la lepas tu. Betul tak fify? hehe.. Pada anda yang berminat untuk merasai suasana berada di Eropah tapi ingin berjimat, jom la ke Colmar Tropicale di Bukit Tinggi. Jangan lupa bawa maggi 5-7 bungkus atau sewaktu dengannya untuk lebih berjimat. Kalau nak bawa periuk nasi pun, rasa macam boleh je. Pastikan anda invite jiran-jiran sebelah untuk menikmati hidangan bersama. Sian dorang terbau masakan anda yang sedap tu.
2 Responses
  1. map_7484 Says:

    hahaha...
    2 la cah..pokai kalu mkn kat c2...
    enjoy sngt....


  2. btul2.. mmg enjoy gler. masing2 perangai bleh tahan gler. haha..