honeystarscute
Teruja giler kalau dapat Adam ni jadi suami. Macho tu. Sekarang menjadi kegilaan anak-anak gadis mahupun isteri orang di Malaysia kerana meletupnya drama Nur Kasih arahan Khabir Batia.

Cutenya dia. Haha.. Kalau jadi pengantin perempuan, gerenti bangga habis. Haha..

Berdebarnya bila nampak bakal suami segak & hensem begini. Sure pasni kene marah dengan cik abg sebab puji lelaki lain. Hehe..

Aidil yang menjadi kegilaan Fify. Nape ek? Ntah la. Muka baik sangat kot. =p

Berkarismanya mamat ni. =)

Sekali tengok macam ala-ala Uncle Mus la. Betul tak kamijiyo?


Ini la Khabir Batia, pengarah yang mampu menggarap hasil nukilannya dengan baik.


Ok la, nak rehat dulu dan pi breakfast. Petang kang kalo ada entry best untuk di update, akan saya tunaikan. Sambil breakfast, sambil pikir entry baru. cekidout...=)







honeystarscute
Sempena cuti replacement untuk Deepavali hari ini, tetiba rasa macam nak update blog pulak. Kali ni untuk kucing kesayangan yang dah lama pergi (5bulan yang lepas)meninggalkan tuannya akibat penyakit hati kuning. Huhu..


Ubat yang terpaksa manja telan 2kali sehari

Wah, nyamannya tidoku.

Muka seposen ketika minta makanan. 1hari-ikan 3ekor plus makanan yang tuan dia akan makan. Keropok, donut, ayam etc semuanya Manja akan rembat. Tapi paling dia suka, aiskrim. Bukak je tupperware aiskrim, die akan panjat atas riba sambil buat muka seposennya. Huhu. Rindu giler aksi ini.Sob.. sob.. sob..

Muka bila dah kenyang terlampau. Masa untuk tido. =)


Tempat tido kesukaan-di sisi tuannya. Manja memang terkenal dengan perangai yang suka menhimpit. Satu-satunya kucing yang tido sekali diwaktu malam dan pandai menggunakan bilik air

Aksi tido yang sering Manja lakukan. Maybe dia terikut tuannya yang tido terlentang atau confius yang dia ni kucing ke manusia. Haha..

Suka nak menayangkan perutnya yang boroi di kala tido


Bestnye dapat mengeliat. =p

Time ni dia merajuk sebab tak dapat tido sebelah tuannya. Himpit kat baju-baju pun jadilah. Merajuk-marajuk pun, offer je aiskrim terus melompat atas riba. Haha..

Nota: Masa nak kasikan kucing ni (tak nak bagi bunting), doktor veterinar confius samaada die ni memang tengah buntingkan anak kucing atau buntingkan lemak. Bila dah bedah, doktor suh dia kurus sikit. Tak baik untuk jantung kucing. Hasilnya, berat badan Manja turun sedikit seperti gambar di atas. Kalo tak, macam garfield. =) Rindunya kat Manja. Susah nak cari pengganti macam dia ni. Huhu..