honeystarscute
Sepanjang umur meningkat remaja dan awal dewasa ni, ramai beno yang tanya "macam mana nak dapatkan kulit yang cantik, mulus dan putih macam awak?" Hoho..

Ada gak 3 kes orang Cina tegur ibu bapa saya, "anak u banyak cantik la..kulit macam orang Cina. Isteri u ni orang Cina ke? Apa isteri lu makan untuk dapat ini budak?" haha.. Setiap kali bila dengar, kiteorang gelak dan senyum kambing je. Ayah gerenti orang yang paling berbangga sebab isteri dan anak die ni asyik kene puji je. Kalau anda tengok muka ayah saya, mesti anda dapat rasakan tahap kebanggaannya. Hehe..

Lalu mak saya pun bagi tips. Masa mengandung, mak selalu minum:-


Milo

Soya

Pada orang Islam, banyakkan membaca Al-Quran ketika mengandung. Berdoa banyak-banyak supaya anak yang bakal dilahirkan cukup fizikalnya, sihat tubuh badannya, cerdik akal fikirannya, baik budi bahasanya dan cantik penampilannya. Pesanan mak ni akan diingati sampai bila-bila.

Kalo tips saya pula, saya guna product olay & nivea untuk kelihatan berseri. =)

Mesti cuci muka pagi dan malamSelepas itu, pakai toner untuk tutup liang roma yang telah terbuka semasa mencuci muka
Jangan lupa pakai lotion untuk lindungi muka dari sinaran UV di siang hari.
Bila malam menjelang, sapu la night krim untuk membaiki kulit yang rosak


Masih mencari produk ini dipasaran Malaysia. Sesuai untuk menghilangkan warna hitam di bawah mata akibat tak cukup tido dan penat bekerja. cewah!!!
Tips terakhir, rajin berwuduk, solat dan berdoa agar kelihatan cantik, ayu dan berseri-seri. =p
p/s: Saya rasa kalo entry ni di baca oleh member-member mesti rasa cam meluat je kan. Entry puji diri sendiri la katakan. Kepada Fify, Niza & Hanis, sabar je la ye sebab korang dapat member yang suka angkat bakul sendiri ni. Haha.. Masih tertunggu-tunggu bila agaknya Fify & Niza nk jadi follower ni. Hmm..

2 Responses
  1. niza m.nor Says:

    wes, tinggi nau maintenance ko....


  2. Haha..tinggi ke? murah je la product2 nie. bukan nyer pkai SK2 pun. =p belum tgk ko punya maintenance lg. bile nk update blog ko ni?