honeystarscute
1-Bila keluar dating, jangan lambat walau seminit. Rancang perjalanan anda. Bagi yang berkahwin, sila pastikan anda bersiap awal sebelum pasangan anda membebel.
2-Jaga penampilan diri sbb semua orang suka dengan kekemasan dan kecantikan.
3- Ikhlas untuk mulakan hubungan, be yourself, tak perlu malu atau berlakon/ berlagak dengan orang yang anda suka.
4- Bahasa tubuh sangat penting, jangan lupa gunakan renungan mata dan tunjukkan minat ketika die sedang bercakap. Tapi kalo kene tenung lama-lama, rimas pun ada. Haha..
5-Elakkan cerita atau perkataan berunsur negatif. Lebih baik gunakan cerita atau perkataan yang menggembirakan. Bila dah betul-betul couple, baru berkongsi semua masalah.
6- Pujilah si dia seikhlas mungkin, tapi jangan berlebihan. Kerana si dia mungkin meluat. Cubalah puji warna bajunya, rambut, kasut atau ape pun. Bagi kaum lelaki, sila la puji awek/isteri anda selalu. Biar pujian itu kekal terucap sampai ke akhir hayat. Baru romantis. hehe..
7- Tunjukkan yang anda ambil berat tentang pasangan anda. Seperti tolong angkat beg, buka pintu. Ini menunjukkan anda prihatin. Susah tu nak dapat BF/Suami begini. Dalam Hikayat Dahulukala ada la. Huhu..
8- Jangan bersikap sombong, dan jangan lupakan unsur HUMOR dalam diri anda. Ini menunjukkan anda mudah didekati dan bersikap terbuka.
9- Jika pasangan anda buat salah,beri peluang untuk terangkan. Mungkin dia ada alasan yang betul atau dibuat-buat. Dengar je dulu sebelum nak 'tembak'. Haha.. Selepas itu, sila minta maaf sebelum tido ye. Tak elok gaduh lama-lama. Buat sakit kepala je.
10- Time tengah borak, jangan gunakan maksud tersirat. Lebih baik berterus terang, kerana maksud tersirat selalunya mempunyai banyak maksud. Dan mungkin akan melukakan hati pasangan anda. Saya selalu je buat. Boleh test pemahaman dia. Haha.. Jangan tiru ye.
11- Jadi pendengar yang baik, dengar masalah pasangan. Beri solution/opinion yang bernas. Bukan hanya mendengar je.
12- Semua orang mempunyai ego, hormati ego pasangan. Jangan merendahkan ego pasangan depan orang lain.
13- Jangan sekali-kali membandingkan kekasih anda dengan orang lain seperti bekas pasangan anda, teman baik anda hatta pelakon yang paling hensem/cantik. Percayalah, memang akan timbul cemburu walaupun sekelumit. Saya selalu jer puji Adam dalam Nur Kasih tu hensem. Bertuah dapat suami camtu. Haha.. Tensen jer cik abang dengar. =p
14- Panggil pasangan anda dengan nama lain. Barula rasa special skit.
15-Jangan sesekali mengongkong dalam kehidupan sosialnya selagi tidak menyalahi agama dan undang-undang.

p/s: Ni la akibatnya bila tak ada kerje time cuti. Jangan jelous ye. Hehe..
honeystarscute
Walaupun tinggal di kawasan ramai masyarakat Cina, kami sekeluarga sungguh bertuah kerana mereka ni cukup baik hati. Ada yang bagi hamper, buah-buahan dan duit raya. Malangnya saya sempat ambil gambar untuk hamper sahaja. Buah-buahan telah selamat 'dikendurikan' dan duit raya hanya diberikan untuk anak-anak buah sahaja. Yang dah terlajak umur, minta maaf ye. Sedih..sedih... Nasib baik la ada hamper ni ada. Makcik & Mak Su dorang la yang pulun. Kedekut betul sampai tak bagi kat anak-anak buah. Hehe.. Padahal, dorang lagi cekap. Rembat barang-barang ni time kiteorang leka. Relaks la.. anak-anak buah je pun. Sajer je kiteorang nak sakat dorang. Ingat dorang nangis sebab tak dapat tapi hampeh...


Bila 1st time dapat, teruja gile nak ambil gambar =p



Bahagian depan hamper setelah dibuka.


Bahagian kanan hamper.

Bahagian belakang hamper. Sebenarnya tak tau pun mane satu depan mane satu belakang. Haha..


Bahagian kiri hamper.


Nyum..nyum.. sedapnya.

Puas la kiteorang kendurikan semua makanan ni. =)

In return, kiteorang belikan variety bucket KFC untuk setiap keluarga tersebut.

Saje je hitamkan price die. Kang nampak sangat menunjuk. Hoho..


honeystarscute
Bangga btul bile mak puji saya ada bakat semulajadi membalut ketupat palas. Haha.. Penat dia ajar anak-anak dia yang lain termasuk menantu-menantu kesayangan, semuanya tak menjadi. Maksud tak menjadi tu ialah ketupat tu jadi ketupat 'betina'. Hahah.. Nasib baik la ada kak ipar N9 yang gigih menimba ilmu balut ketupat sampai jadi ketupat 'jantan'. Malangnya tak dapat lawan my natural talent dalam membalut ketupat palas. Sekali diajar, terus jadi. Kembang hidung bila mak cakap "Pandainya anak mak sorang ni. Lepas ni boleh ajar macam-macam ilmu lagi"



Percubaan pertama terus dapat ketupat yang cute. Haha.. Riak gile.



Agak-agak korang, siapa lagi cute? Ketupat atau orang yang pegang ketupat tu? Jawapannya...sila isi tempat kosong tu sendiri. Saya tau mesti ketupat tu lagi cute. Kan..kan..=p


honeystarscute
Sebab teringin sangat nak rasa macam mana masuk hospital, akhirnya impian saya tercapai jua. Selepas 3 minggu berehat di bukit tinggi, specialist bernama Dr. Lopez Jaya Mohan bahagian orthophedic di Tawakal mengesahkan saya mengidap Core Muscle Weakness di bahagian belakang badan. Saya tak mampu duduk @ berdiri lebih dari 10minit. Kalah nenek tua yang dah bongkok 3.

"Tu la, nak sangat dok dalam hospital. Kan dah termakbul doa tu", kata mak di rumah dengan nada yang cukup risau. Nasib baik mak saya masih sihat lagi. Dia la yang banyak menjaga saya ketika sakit. Siap kene pantang macam orang bersalin tu. Tak boleh makan itu ini, kene pakai bengkung, berurut dan bertungku. Tanpa banyak kerenah, saya terpaksa ikut. Selamat tinggal abc, popia basah, mee goreng, air soya, tempe dan macam-macam lagi. Mak, terima kasih atas pengorbananmu menjagaku. Ayah, terima kasih sebab bersusah payah membeli bermacam jenis ubat di kedai untukku. Jasa kalian berdua tetap tersemat disanubari ini.

Ujian yang saya jalani dihospital:-
a) blood test
b) urin test
c) x-ray
d) MRI - paling menakutkan sebab kene berada dalam terowong selama 50minit bertemankan bunyi bising yang amat kuat. Terpaksa pakai headphone untuk kurangkan bunyi tersebut.

Treatment yang diberi oleh doktor:-
a) pillow exercise-saya mampu berdiri lama tapi duduk masih bermasalah.
b) IT- alirkan kuasa elektrik ke tempat yang sakit untuk relakskan mucsle.
c) Hotpack

Ini saja yang sempat saya ambil gambar semasa dihospital.

Hari pertama masuk di wad 4 bedded sebab single or 2bedded tiada yang kosong.


Lunch untuk patient di 4bedded.



Peneman di kala bosan. Maklum la, tv tak disediakan. =(

Muka seronok giler bila nurse cakap " adik dah boleh pindah ke 2bedded sebab ada kekosongan."

Bila dah jumpa tv, soduku pun dilupakan. Haha..

Selepas physiotheraphy sesi pagi.


Selepas physiotherapy sesi petang


Dinner untuk patient di 2bedded.


Ubat yang ditambah dosnya- celebrex, mecobalamin, aspirin


Katil siapa la yang tak kemas tu. ish3.. Time nie makcik kat sebelah katil dapat balik. Hilang kawan bersembang.


Buah tangan dari opis.


Muka gembira giler bila doktor bagi discharge.

Katil siap berkemas tanda tak sabar2 nak balik rumah. Rindu dekat Mr.Pooh dan laptop. huhu..

Gelang yang berharga RM4.6k. Dah boleh buat hantaran kawin gelang ni. =p


Muka puas hati sebab impian terlaksana. Sampai sekarang, masih lagi berpantang dalam hal2 pemakanan. =)

Ya Allah, sembuhkan la penyakitku ini. Amin..

honeystarscute
Dah penat bekerja seharian mengadap PC & laptop, saya join budak-budak satu universiti pergi bercuti pada bulan Julai yang lalu. Sibuk je nak bagitau walaupun cerita ini agak basi. Sebenarnya, nak bagi anda lihat suasana kat situ sambil puji budak-budak cute dalam picture yang ada kat bawah ni. Hehe..

Dari kiri: Rin, Dayah, pemilik blog ni, Fify & Aini.


Aksi Charlie's Angel yang agak kepoyoan sebelum melawat perkampungan Jepun.


Di hadapan kedai souvenir. Aiskrim yang biasa berharga RM1 dijual dengan harga RM7. Jeling je la kiteorang tengok aiskrim tu. =(


Sungai jadian di perkampungan Jepun.


"Jemput masuk ye", kata pemilik Tatami Spa. =)


Jalan untuk ke perkampungan Jepun & Botanical Garden. Juga senaman bagi yang ingin mengurangkan berat badan 5kg dalam 1hari tanpa bayaran. Terpaksa mendaki sejauh 300m tu. Bagi yang tak larat, jangan risau. Kenderaan khas ada disediakan. =)



Test power kat Pusat Bowling plak. Murah gak ratenya. Kiteorang main 3-4 round. Gian giler. Lagipun Fify kene berlatih untuk tournament. Orang aktif la katakan. hoho..


Geng budak berani pegang arnab =)

Geng yang kene ada orang pegangkan arnab untuk bergambar. Siap muka yang pegang arnab tu bangga giler. Sebab tergolong dalam geng berani kot. haha..

Suka sangat picture ni. Pandai camera man kiteorang, Cik Aini cipta post.

Suasana Colmar Tropicale di pagi hari terlebih indah dengan bertemankan beberapa bidadari yang comey lagi berseri-seri. Cewah!

Muka ceria walaupun di hari terakhir percutian.

Antara calon-calon isteri terhangat dipasaran kecuali Puan Dayah. Saje je nak jatuhkan saham orang tu. Bucuk ati betul!Hoho..

Fuh, banyak gile makcik-makcik ni shopping! Orang perempuan la katakan. Hihi..

Gambar kenang-kenangan sebelum bertolak balik ke KL.

Sempat lagi kiteorang buat muka budak konpius sebelum balik. Nasib baik jumpa jalan pulang.

Kesimpulannya, kos perbelanjaan untuk 3 hari 2 malam memang berbaloi-baloi. Cuma harga makanan la yang membuat kami tercekik bila belek menu list. Nasib baik belek menu list tu dalam bilik. Buatnya kat restoran, memang kene puasa seminggu la lepas tu. Betul tak fify? hehe.. Pada anda yang berminat untuk merasai suasana berada di Eropah tapi ingin berjimat, jom la ke Colmar Tropicale di Bukit Tinggi. Jangan lupa bawa maggi 5-7 bungkus atau sewaktu dengannya untuk lebih berjimat. Kalau nak bawa periuk nasi pun, rasa macam boleh je. Pastikan anda invite jiran-jiran sebelah untuk menikmati hidangan bersama. Sian dorang terbau masakan anda yang sedap tu.