honeystarscute
Sebab teringin sangat nak rasa macam mana masuk hospital, akhirnya impian saya tercapai jua. Selepas 3 minggu berehat di bukit tinggi, specialist bernama Dr. Lopez Jaya Mohan bahagian orthophedic di Tawakal mengesahkan saya mengidap Core Muscle Weakness di bahagian belakang badan. Saya tak mampu duduk @ berdiri lebih dari 10minit. Kalah nenek tua yang dah bongkok 3.

"Tu la, nak sangat dok dalam hospital. Kan dah termakbul doa tu", kata mak di rumah dengan nada yang cukup risau. Nasib baik mak saya masih sihat lagi. Dia la yang banyak menjaga saya ketika sakit. Siap kene pantang macam orang bersalin tu. Tak boleh makan itu ini, kene pakai bengkung, berurut dan bertungku. Tanpa banyak kerenah, saya terpaksa ikut. Selamat tinggal abc, popia basah, mee goreng, air soya, tempe dan macam-macam lagi. Mak, terima kasih atas pengorbananmu menjagaku. Ayah, terima kasih sebab bersusah payah membeli bermacam jenis ubat di kedai untukku. Jasa kalian berdua tetap tersemat disanubari ini.

Ujian yang saya jalani dihospital:-
a) blood test
b) urin test
c) x-ray
d) MRI - paling menakutkan sebab kene berada dalam terowong selama 50minit bertemankan bunyi bising yang amat kuat. Terpaksa pakai headphone untuk kurangkan bunyi tersebut.

Treatment yang diberi oleh doktor:-
a) pillow exercise-saya mampu berdiri lama tapi duduk masih bermasalah.
b) IT- alirkan kuasa elektrik ke tempat yang sakit untuk relakskan mucsle.
c) Hotpack

Ini saja yang sempat saya ambil gambar semasa dihospital.

Hari pertama masuk di wad 4 bedded sebab single or 2bedded tiada yang kosong.


Lunch untuk patient di 4bedded.



Peneman di kala bosan. Maklum la, tv tak disediakan. =(

Muka seronok giler bila nurse cakap " adik dah boleh pindah ke 2bedded sebab ada kekosongan."

Bila dah jumpa tv, soduku pun dilupakan. Haha..

Selepas physiotheraphy sesi pagi.


Selepas physiotherapy sesi petang


Dinner untuk patient di 2bedded.


Ubat yang ditambah dosnya- celebrex, mecobalamin, aspirin


Katil siapa la yang tak kemas tu. ish3.. Time nie makcik kat sebelah katil dapat balik. Hilang kawan bersembang.


Buah tangan dari opis.


Muka gembira giler bila doktor bagi discharge.

Katil siap berkemas tanda tak sabar2 nak balik rumah. Rindu dekat Mr.Pooh dan laptop. huhu..

Gelang yang berharga RM4.6k. Dah boleh buat hantaran kawin gelang ni. =p


Muka puas hati sebab impian terlaksana. Sampai sekarang, masih lagi berpantang dalam hal2 pemakanan. =)

Ya Allah, sembuhkan la penyakitku ini. Amin..

4 Responses
  1. niza m.nor Says:

    ecah, ko cam sonok je dok spital....mlm2 ko xde jmpa pape?hehehehehe.....


  2. Anonymous Says:

    ecah bkn nmpk sakit pon..mcm tembam jer..haha..
    sebab amik gmbr dekat kot..
    jagan mare ek..nti kene jual..


  3. masuk hospital pun xder la sakit truk. dah nak sembuh dh time tu. cuma xleh dok lamer jer.. time kat umah mula2 dulu, mmg truk. =( mmg tembam time nie. maner tak nyer asyik makan jer. =)


  4. niza,aku mmg seronok dpt tgl ctu. mlm2 slalu jumpe adam dlm nur kasih. ahaks...