honeystarscute
Teruja giler kalau dapat Adam ni jadi suami. Macho tu. Sekarang menjadi kegilaan anak-anak gadis mahupun isteri orang di Malaysia kerana meletupnya drama Nur Kasih arahan Khabir Batia.

Cutenya dia. Haha.. Kalau jadi pengantin perempuan, gerenti bangga habis. Haha..

Berdebarnya bila nampak bakal suami segak & hensem begini. Sure pasni kene marah dengan cik abg sebab puji lelaki lain. Hehe..

Aidil yang menjadi kegilaan Fify. Nape ek? Ntah la. Muka baik sangat kot. =p

Berkarismanya mamat ni. =)

Sekali tengok macam ala-ala Uncle Mus la. Betul tak kamijiyo?


Ini la Khabir Batia, pengarah yang mampu menggarap hasil nukilannya dengan baik.


Ok la, nak rehat dulu dan pi breakfast. Petang kang kalo ada entry best untuk di update, akan saya tunaikan. Sambil breakfast, sambil pikir entry baru. cekidout...=)







honeystarscute
Sempena cuti replacement untuk Deepavali hari ini, tetiba rasa macam nak update blog pulak. Kali ni untuk kucing kesayangan yang dah lama pergi (5bulan yang lepas)meninggalkan tuannya akibat penyakit hati kuning. Huhu..


Ubat yang terpaksa manja telan 2kali sehari

Wah, nyamannya tidoku.

Muka seposen ketika minta makanan. 1hari-ikan 3ekor plus makanan yang tuan dia akan makan. Keropok, donut, ayam etc semuanya Manja akan rembat. Tapi paling dia suka, aiskrim. Bukak je tupperware aiskrim, die akan panjat atas riba sambil buat muka seposennya. Huhu. Rindu giler aksi ini.Sob.. sob.. sob..

Muka bila dah kenyang terlampau. Masa untuk tido. =)


Tempat tido kesukaan-di sisi tuannya. Manja memang terkenal dengan perangai yang suka menhimpit. Satu-satunya kucing yang tido sekali diwaktu malam dan pandai menggunakan bilik air

Aksi tido yang sering Manja lakukan. Maybe dia terikut tuannya yang tido terlentang atau confius yang dia ni kucing ke manusia. Haha..

Suka nak menayangkan perutnya yang boroi di kala tido


Bestnye dapat mengeliat. =p

Time ni dia merajuk sebab tak dapat tido sebelah tuannya. Himpit kat baju-baju pun jadilah. Merajuk-marajuk pun, offer je aiskrim terus melompat atas riba. Haha..

Nota: Masa nak kasikan kucing ni (tak nak bagi bunting), doktor veterinar confius samaada die ni memang tengah buntingkan anak kucing atau buntingkan lemak. Bila dah bedah, doktor suh dia kurus sikit. Tak baik untuk jantung kucing. Hasilnya, berat badan Manja turun sedikit seperti gambar di atas. Kalo tak, macam garfield. =) Rindunya kat Manja. Susah nak cari pengganti macam dia ni. Huhu..


honeystarscute
Best sangat-sangat bila raya tahun ni dapat jumpa member-member sekolah yang dah lama terpisah jauh. Seharian kiteorang beraya. Dari KL ke Semenyih. Walaupun penat tapi keriangan berjumpa kawan-kawan memang terasa. =)

Dari kiri: Arin (bakal berkahwin Dec ini), tuan punya belog (dengan tudung kegemaran), Saadah (drebar terhormat pada hari itu & single), Zuraidah (bakal arkitek yang berjaya tapi dah berpunya)


Dari kanan: Syinda (bakal jadi ibu dalam masa 7bulan lagi) dan Junidah (dapat pergi Paris dari Nov09-Dec09 untuk buat research PHD nya. Best giler!)
Banyak lagi sebenarnya gambar dengan member-member lama yang kiteorang jumpa hari tu. Tapi semuanya dalam kamera Junidah. So, bila dia balik Malaysia nanti, baru saya update untuk entry ini. Adios amigos, my friends.
honeystarscute
Sepanjang umur meningkat remaja dan awal dewasa ni, ramai beno yang tanya "macam mana nak dapatkan kulit yang cantik, mulus dan putih macam awak?" Hoho..

Ada gak 3 kes orang Cina tegur ibu bapa saya, "anak u banyak cantik la..kulit macam orang Cina. Isteri u ni orang Cina ke? Apa isteri lu makan untuk dapat ini budak?" haha.. Setiap kali bila dengar, kiteorang gelak dan senyum kambing je. Ayah gerenti orang yang paling berbangga sebab isteri dan anak die ni asyik kene puji je. Kalau anda tengok muka ayah saya, mesti anda dapat rasakan tahap kebanggaannya. Hehe..

Lalu mak saya pun bagi tips. Masa mengandung, mak selalu minum:-


Milo

Soya

Pada orang Islam, banyakkan membaca Al-Quran ketika mengandung. Berdoa banyak-banyak supaya anak yang bakal dilahirkan cukup fizikalnya, sihat tubuh badannya, cerdik akal fikirannya, baik budi bahasanya dan cantik penampilannya. Pesanan mak ni akan diingati sampai bila-bila.

Kalo tips saya pula, saya guna product olay & nivea untuk kelihatan berseri. =)

Mesti cuci muka pagi dan malamSelepas itu, pakai toner untuk tutup liang roma yang telah terbuka semasa mencuci muka
Jangan lupa pakai lotion untuk lindungi muka dari sinaran UV di siang hari.
Bila malam menjelang, sapu la night krim untuk membaiki kulit yang rosak


Masih mencari produk ini dipasaran Malaysia. Sesuai untuk menghilangkan warna hitam di bawah mata akibat tak cukup tido dan penat bekerja. cewah!!!
Tips terakhir, rajin berwuduk, solat dan berdoa agar kelihatan cantik, ayu dan berseri-seri. =p
p/s: Saya rasa kalo entry ni di baca oleh member-member mesti rasa cam meluat je kan. Entry puji diri sendiri la katakan. Kepada Fify, Niza & Hanis, sabar je la ye sebab korang dapat member yang suka angkat bakul sendiri ni. Haha.. Masih tertunggu-tunggu bila agaknya Fify & Niza nk jadi follower ni. Hmm..

honeystarscute
Alhamdulillah, berjaya juga saya mendapatkan rumah impian walaupun jauh dari Kuala Lumpur. Buat masa sekarang, ini sahaja yang mampu saya miliki. Rumah banglo nanti, bakal suami yang kene beli. Haha..Gerenti pening 'si dia'. Dapat bakal isteri yang tinggi permintaannya.
Rasa macam mimpi je sebab sekarang dah ada hutang dengan bank. Huhu.. Yang kelakarnya, Sabtu saya beli rumah, Ahad dah siap mimpi dapat kunci dan geran rumah. Nampak sangat excited terlebih. Hoho..
Info mengenai lokasi & pembelian Avina:
1) Survey & beli rumah bersama mak, ayah, kakak & abang ipar.
2) Hub Perniagaan Makanan Halal bakal dibina berhampiran kawasan tersebut.
3) 10minit dari rumah akak di Damansara Damai dan 20minit ke Shah Alam.
4) Lebuhraya: NKVE, LDP, Guthrie, Sprint Highway, Assam-Jawa Latar Expressway
5) Berhampiran Hospital Sungai Buloh & Pusrawi. Senang suami nak pi keje =p Penjara Sungai Buloh pun dekat. Hoho..
6) Rumah yang paling jauh antara adik-beradik.
7) Akak berusaha pujuk abang ipar untuk beli rumah di situ juga. Malangnya tak dapat.Haha..
8) Akak jadi jurukamera pada hari itu. Maklum la, adik dia yang suruh. Untuk letak dalam blog. Hehe..
9) Berjiran dengan Melayu disebelah kiri dan Cina disebelah kanan.
10) Ada 4bilik, 4bilik air dan 2 living areas. Mesti penat bila kene kemas rumah. Dah beli baru terpikir. Huhu..

Ilustrasi rumah yang bakal siap pada March 2011. Built up area: 1,941 sqft. "Pembinaan rumah hampir 60% siap. Kalau tanah kelapa sawit yang ditarah untuk bina rumah ni, Siti boleh beli." kata ayah.Berjiran dengan Celosia yang habis dijual. Built up area: 1,893 sqft.

Living & Dining area
Selamat datang ke rumah saya, mak. Hehe.. Ada wakil dari Public Bank (Chinese Girl) ingat mak orang Cina masuk Islam. =p

Master Bedroom

Bilik ke-3. Seronok tengok katil dengan meja study yang boleh ditolak. Sesuai untuk anak-anak yang rajin belajar.

Bahagian penjuru bilik ke-4 dibahagian bawah. Tiada gambar untuk bilik ke-2. Mungkin jurukamera tak perasan. Huhu..
2nd living area di bahagian atas. Sesuai untuk main games. Haha..

Dining area


Dry kitchen. Wet kitchen dibahagian luar.

Akak yang terlalu teruja bila tengok rumah contoh kosong yang bakal adik dia dapat. =)

Arah ke Master Bedroom

Bilik ke-2 & ke-3.


Dari arah tepi tangga di rumah contoh yang kosong.

"Ini adalah contoh rumah yang bakal adik dapat bila kunci diserahkan", kata abg baju kuning.

Berdoa supaya rumah ini dapat diduduki tanpa ada sebarang masalah selepas siap dibina. Jangkaan siap dibina pada akhir 2010- March 2011. Amin...
honeystarscute
Raya kali ni, kuih raya dibuat sendiri ada 5 jenis. Ni la antara kuih yang sempat dibuat:

Kuih gajus

Cornflakes madu

Tart Nenas
Dua lagi, kuih biskut cornflakes berkacang dan biskut keemasan badam. Amacam kamijiyo & Fi, sedap tak biskut-biskut buatan sendirian berhad ni? jangan lupa post komen anda di sini. hehe.. Pada yang tak dapat merasa, maaf ye. Takut nak offer. Kang ada yang sakit perut. Huhu..
honeystarscute
Walaupun Ramadhan dah berlalu, saya nak popularkan member saya yang dua orang ni. Time ni kiteorang berbuka kat kawasan kubo. Korang pasti terkejut sebab bunyi cam kubur jer.. Haha..
Restoran ni berdekatan dengan kubur. Siapa-siapa yang makan di sini, memang boleh insaf la. =P Tempat ini diberi gelaran sedemikian oleh budak-budak uia jer. Pada budak-budak uia, sila berbangga sebab anda telah difamouskan tidak secara langsung.

Dengan Nani si budak Master. =)

Ini Seri yang tengah tunggu nk jd PTD.
Kami bertiga ni masih lagi kanak-kanak ribena. hehe...