honeystarscute
Alhamdulillah, berjaya juga saya mendapatkan rumah impian walaupun jauh dari Kuala Lumpur. Buat masa sekarang, ini sahaja yang mampu saya miliki. Rumah banglo nanti, bakal suami yang kene beli. Haha..Gerenti pening 'si dia'. Dapat bakal isteri yang tinggi permintaannya.
Rasa macam mimpi je sebab sekarang dah ada hutang dengan bank. Huhu.. Yang kelakarnya, Sabtu saya beli rumah, Ahad dah siap mimpi dapat kunci dan geran rumah. Nampak sangat excited terlebih. Hoho..
Info mengenai lokasi & pembelian Avina:
1) Survey & beli rumah bersama mak, ayah, kakak & abang ipar.
2) Hub Perniagaan Makanan Halal bakal dibina berhampiran kawasan tersebut.
3) 10minit dari rumah akak di Damansara Damai dan 20minit ke Shah Alam.
4) Lebuhraya: NKVE, LDP, Guthrie, Sprint Highway, Assam-Jawa Latar Expressway
5) Berhampiran Hospital Sungai Buloh & Pusrawi. Senang suami nak pi keje =p Penjara Sungai Buloh pun dekat. Hoho..
6) Rumah yang paling jauh antara adik-beradik.
7) Akak berusaha pujuk abang ipar untuk beli rumah di situ juga. Malangnya tak dapat.Haha..
8) Akak jadi jurukamera pada hari itu. Maklum la, adik dia yang suruh. Untuk letak dalam blog. Hehe..
9) Berjiran dengan Melayu disebelah kiri dan Cina disebelah kanan.
10) Ada 4bilik, 4bilik air dan 2 living areas. Mesti penat bila kene kemas rumah. Dah beli baru terpikir. Huhu..

Ilustrasi rumah yang bakal siap pada March 2011. Built up area: 1,941 sqft. "Pembinaan rumah hampir 60% siap. Kalau tanah kelapa sawit yang ditarah untuk bina rumah ni, Siti boleh beli." kata ayah.Berjiran dengan Celosia yang habis dijual. Built up area: 1,893 sqft.

Living & Dining area
Selamat datang ke rumah saya, mak. Hehe.. Ada wakil dari Public Bank (Chinese Girl) ingat mak orang Cina masuk Islam. =p

Master Bedroom

Bilik ke-3. Seronok tengok katil dengan meja study yang boleh ditolak. Sesuai untuk anak-anak yang rajin belajar.

Bahagian penjuru bilik ke-4 dibahagian bawah. Tiada gambar untuk bilik ke-2. Mungkin jurukamera tak perasan. Huhu..
2nd living area di bahagian atas. Sesuai untuk main games. Haha..

Dining area


Dry kitchen. Wet kitchen dibahagian luar.

Akak yang terlalu teruja bila tengok rumah contoh kosong yang bakal adik dia dapat. =)

Arah ke Master Bedroom

Bilik ke-2 & ke-3.


Dari arah tepi tangga di rumah contoh yang kosong.

"Ini adalah contoh rumah yang bakal adik dapat bila kunci diserahkan", kata abg baju kuning.

Berdoa supaya rumah ini dapat diduduki tanpa ada sebarang masalah selepas siap dibina. Jangkaan siap dibina pada akhir 2010- March 2011. Amin...
16 Responses
  1. kamijiyo Says:

    lawanya rumah dia..
    pandai dveloper wat design rumah.
    mcm nak sama je design dgn rumah contoh.
    hehe..

    kene usaha sungguh2 ni..
    nak kene beli rumah lebih besar untuk cik siti.
    hehe..

    abes la cik abg dah xde dlm mimpi.
    kene ganti dgn cik geran rumah.
    huhu.. :p


  2. ala..cik geran rumah kejap jer dalam mimpi. dalam mgu ni dapat la geran rumah tu. tp cik abg sentiasa melekat dalam hati =p


  3. mannira Says:

    cantik rumah ni...kat mana....


  4. haha..ka ma dh start pos komen. cantikn umah ni. cm tuan die. hehe...


  5. chepoh Says:

    salam...saya pon beli rumah kat situ...berjiran lah kita nampaknya ye..


  6. Anonymous Says:

    salam, tahniah berjaya beli umh. umh awk no brp? saya beli umh no 11A. apa la punya no tu.. ikut sngt kpercayan cina.. nak wat cmana.. developer cina gak..
    anyway, rasa berbaloi gak ah.. luas tu 1,900++ sq ft.. selang 2,3 mggu dtg melawat tengok progress.. bank pun sama, tiap bulan 'mlawat' saya mintak bayor interest dia..


  7. RK2 Says:

    salam.. cantik rumah.. baru-baru ni ada jugak pergi kat area desa coalfield. tp tak perasan pulak avina.. ada lagi ke unit untuk dijual?


  8. shana Says:

    hi honeystar yg cute.... berjiran lah kita nanti yer. kite nyer 2nd row. dah lupa jln apa.


  9. hai chepoh.. hai anonymous..hai shana.

    brjiran la kite semua ni. setaman rupanya. hehe.. insyaallah bulan Jan 2011 dpt kunci kn. mesti tgh xsabar2 kn? hehe..


  10. Hai RK2,

    umah ni kalo xsilap ms sales launch 2 hari tu dh abis di jual. kalo ade pun maybe pinjaman bank tak lps. sian org yg trlibat. apepun, cuba la risik2 kat developer KLKepong. =)Ada org ckp new project yg KLK akan buat ialah Coalfields Country Homes. bunyi cm kawasan elit je. sure umah Semi D or banglow. =)


  11. zek Says:

    sy dah dpt surat ambil kunci, bila awk nak ambik kunci leh kenal kenal. umah saya baris ujung hadap sawit.


  12. saya pon dah dapat surat amik kunci...ZEK awak yang ngadap kolam belakang tu ke? saya yang ngadap kolam tu...rumah kedua dari tepi kelapa sawit


  13. Anonymous Says:

    dah reno rumah??


  14. Anonymous Says:

    saya dah lama ambil kunci, saya tgk umah awak sepi je. tak buat reno? tak pasang grill siap siap? bila nak pindah situ?????


  15. Anonymous Says:

    Salam, saya pun beli 1 unit kat avina tu. No. 31 depan kolam. Awak dah buat renovation ke? Klu dah buat leh la rekomen kontraktor..ingat nak tambah dapur.


  16. Anonymous Says:

    klu nak wat reno leh la email plan kat sya v5_k5@yahoo.com.

    TQ