honeystarscute
Saje je reka entry ni. Biar 1st follower bangga skit bila die balik dari umrah. hehe.. untuk pengetahuan semua (perasan ramai sangat la plak baca blog ni, padahal sorang je..haha), 1st follower pegi umrah pada 12/9/2009 sampai 28/9/2009. Dah la kelas start 26/9/2009, ponteng ek. ish2... nasib baik ponteng bersebab.

Kebetulan plak 1st follower call dari Mekah. Macam tau-tau je saya tengah reka entry untuk die. Mengikut ramalan handphone saya, kiteorang sempat berborak 14minit 8saat. Abes la hangus duit die kene support top up. Kata 3.50/minit. Anak orang senang, takpe la. hoho..

To 1st follower,

Selamat menunaikan ibadah umrah. Semoga berada dalam keadaan sihat sentiasa. Amin.

Di bawah ini adalah antara hadiah-hadiah dari Egypt yang die bagi sempena bufday saya. Tu pun kene ambil dari roomate die di KL Sentral. Sedih giler sebab die tak balik Malaysia tahun ni. Jual mahal betul. Best agaknya dapat duduk kat Egypt tu. hmm..


Font sizeBaju ni tak pernah pakai lagi.

Selalu berebut dengan adik time nak pakai baju.

Nasib baik lepas pemeriksaan sebelum naik kapal terbang.



Tak sempat makan biskut kurma ni tapi ayah saya cakap sedap. Seronok dengar 1st follower dpt pujian.


Yang kecik tu die suh bagi kat kawan-kawan. Yang besar plak paham-paham je la untuk siapa. Kata hantu coklat. Hanis siap puji sedap betul coklat ni. =p


Yang ni halawa. Boleh dimakan dengan roti. Lebih kurang macam jem kacang.

Coklat-coklat ni sedap cuma tak sempat nak rasa coklat tiger tu. Kene kebas dengan anak buah.

Tak sah kalau tak beli barang perhiasan diri bila berada di Egypt.


Barang-barang perhiasan bilik pun ada. =)

honeystarscute
Fuh, lega betul rasanya. Selepas berhempas pulas beberapa hari, berjaya juga akhirnya saya tukarkan muzik neyo itu menjadi playlist yg sungguh comel. Hoho.. Terpuji diri sendiri la. Imagine muka bangga saya cam .

Playlist ni ada yang MP4 dan MP3. Jangan riso ye. Kali ni, complete dengan semua button-stop, foward, rewind, pause and menu. Jika anda rasa malas nk dengar atau teruknya lagu-lagu tersebut sampai muka anda bertukar menjadi begini
, tekan je button stop tu.

Dalam blog ni, ada juga jam menunjukkan waktu Malaysia dan Egypt. Kenapa ada waktu Egypt? Hmm... Ada permintaan dari student di Egypt. Lagipun idea jam ni datang dari die. Dh la jadi first follower. So, permintaan ditunaikan. Tu pun asyik tanya bila next post. Hoho.. Kepada first follower, sila berbangga sebab saya dah mention anda berulang kali dalam entry kali ni. Yey!!!



p/s: Belanja ye bila balik Malaysia nanti. Upah puji dalam blog.